Pada 2 Februari 2013 yang lepas , Program Diploma Teknologi Berasaskan Kayu telah mengambil bahagian di Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 Kali ke-9 yang bertempat di 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. Karnival yang turut disertai oleh semua institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta utama di Malaysia ini dilaksanakan bagi peringkat negeri Sabah.
Program Diploma Teknologi Berasaskan Kayu yang membawa nama Politeknik Kota Kinabalu telah diwakili oleh Agustinus Donatus, Suriati Dahing, Sumarni Ismail dan Noradzianah Bagang. Kesemua wakil tersebut adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Diploma Teknologi Berasaskan Kayu di semester lima. Penyertaan pihak TBK yang bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu telah mampu menarik minat sebilangan besar pengunjung yang ingin bertanyakan maklumat lanjut mengenai program ini dan semoga usaha serta keringat pelajar-pelajar tersebut akan membuahkan hasilnya pada pengambilan sesi Jun 2013 kelak.
No comments:
Post a Comment