Wednesday, 6 February 2013

Hari Keluarga di Kg. Tambatuon, Kota Belud

Pada 11-13 Januari 2013 yang lalu, Program Diploma Teknologi Berasaskan Kayu, Politeknik Kota Kinabalu telah mengadakan hari keluarga dan sesi perkenalan dengan pelajar-pelajar semester satu bertempat di Tambatuon Homstead, Kg. Tambatuon, Kota Belud, Sabah. Program yang telah berlangsung selama tiga hari dua malam ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar-pelajar senior dan junior. Di samping itu juga ianya mampu memberikan pengalaman yang berguna kepada pelajar-pelajar senior mengenai kemahiran mengurus sesuatu program sebelum mereka meninggalkan politeknik ini kelak.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran pensyarah-pensyarah TBK yang senantiasa memberikan sokongan padu bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar. Di antara yang hadir adalah En. Adrian, En. Zaril Faizal, En. Nik Ahmad Farizan dan keluarga, Pn. Sh. Adawiyah dan keluarga, Puan Emilia, En. Edi Shahril dan Puan Raja Nadia. Di sepanjang program ini berlangsung syukur tiada satu insiden buruk yang tidak diingini berlaku. Berikut adalah gambar kenang-kenangan:

Bergambar sementara menunggu lori tiba.

Senior yang sudah mula kepenatan.

Makan tepung ke??

Ini pelajar-pelajar TBK ke atau PATI?

Bergambar kenangan sebelum pulang ke PKK.

Pihak urusetia yang terdiri daripada pelajar-pelajar senior semester 5.

Beristirehat di pertengahan jalan "jungle trekking".

Beginilah kalau sudah berjumpa dengan air!

Beratur sementara menunggu giliran mengambil makanan.

Para peserta sedang enak menjamu selera berlatarbelakangkan sungai.

Para peserta sedang menunggu giliran masing-masing untuk membuat persembahan.

Persembahan daripada para peserta.

Permainan di hari terakhir perhemahan.

Semoga program ini menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan terutamanya bagi pelajar-pelajar senior semester 5 yang akan meninggalkan Politeknik Kota Kinabalu nanti.

Pengurusan blog

No comments:

Post a Comment